Thursday, May 30, 2019

Yosua 10:12-13 (TB)  Lalu Yosua berbicara kepada TUHAN pada hari TUHAN menyerahkan orang Amori itu kepada orang Israel; ia berkata di hadapan orang Israel: "Matahari, berhentilah di atas Gibeon dan engkau, bulan, di atas lembah Ayalon!"
Maka berhentilah matahari dan bulan pun tidak bergerak, sampai bangsa itu membalaskan dendamnya kepada musuhnya. Bukankah hal itu telah tertulis dalam Kitab Orang Jujur? Matahari tidak bergerak di tengah langit dan lambat-lambat terbenam kira-kira sehari penuh.

https://alkitab.app/v/9d0391e57e8a

Shallom semua, bertemu lagi dalam renungan pagi. Kotobian tadau tagazo dot Kaamatan kepada kita semua. Syukur kepada Tuhan Yesus sebab tahun ini pun negeri Sabah masih mampu meraihkan pesta Kaamatan. Sebab dianugerahkan oleh Tuhan Bapa kita di Surga negeri yg aman damai walapun berbeza suku, agama dan budaya. Mana ada negara di dunia ini yg boleh hidup aman damai dalam perbezaan yg ketara. Korea Utara dan Korea Selatan satu bahasa, satu budaya, satu latarbelakang agama pun tidak mampu duduk semeja minum kopi..😅. Hari ini saya ingin kongsikan tentang  kisah peperangan Yosua yg seterusnya. Dikatakan hanya lebih kurang 5 hari Yosua telah merebut kawasan selatan tanah perjanjian, dengan mengalahkan 5 raja orang Amori. Hebat, dikatakan matahari dan bulan berhenti sehingga sehari sentuk. Wow ini memang luar biasa. Mengikuti teori relatif Albert Einstein, masa seolah olah lambat apa bila satu satu objek itu bergerak dengan kelajuan tertentu secara konsisten berbanding pergerakan biasa kita dalam dunia ini. Sukar difahami tapi Alkitab sudah membuktikan teori ini berlaku. Yosua dan bala tentera Israel sebenar sedang bergerak dengan kelajuan luar kebiasan alam,  secara konsisten,  itu sebab bagi mereka matahari tidak berganjak tapi manusia lain tidak merasa itu. Hebat, siapa yg mampu bergerak dengan kelajuan seperti itu kalau bukan Tuhan Bapa kita di Surga yg melakukanya. Tuhan Yesus pun melakukan hal yg sama bergerak dengan kelajuan yg luar biasa, itu sebab dengan sekelip mata Dia menghilang dan tiba tiba ada. Itulah nanti keadaan kita setelah dipulihkan dari perangkap masa apabila kita sudah bersama Tuhan Bapa kita di Surga. Wow..tidak dpt dibayangkan oleh akal fikiran kita. Mahu dipulihkan?.Satu satunya yg masih kita milik yg masih tidak terperangkap dengan masa adalah iman kita. Iman kita masih boleh bergerak mengatasi ruang dan waktu. Tetapi itu pun kita tidak mampu gunakan untuk membangun hidup kita. Jadi mari kita gunakan kuasa imam untuk kesejahteraan hidup kita, keluarga kita dan gereja kita. Amin.
✝ Salam damai untuk kita semua.
Kundasang, 31.5.19.

No comments:

Post a Comment

25.1.2020 Mogivas dulu.