Tuesday, May 7, 2019

Ulangan 16:19-20 (TB)  Janganlah memutarbalikkan keadilan, janganlah memandang bulu dan janganlah menerima suap, sebab suap membuat buta mata orang-orang bijaksana dan memutarbalikkan perkataan orang-orang yang benar.
Semata-mata keadilan, itulah yang harus kaukejar, supaya engkau hidup dan memiliki negeri yang diberikan kepadamu oleh TUHAN, Allahmu."

https://alkitab.app/v/54aea3678089

Shallom semua bertemu lagi dalam renungan pagi. Hujung minggu tiba lagi, minggu berganti minggu pernahkah membuat refleksi hidup kita, sekurang kurang umur kita sendiri,  supaya kita sedar masa kita semakin suntuk untuk kita memiliki sesuatu yg bernilai di Surga. Hari ini saya ingin berkongsi tentang peringatan Musa terhadap suapan atau rasuah. Dikatakan suap membutakan mata orang bijaksana dan memutarbelitkan kebenaran. Cuba kita bayangkan kalau tiba tiba mata kita buta, apa yg akan terjadi?.Sudah tentu pergerakan kita terbatas dan perlu pertolongan orang lain. Kita dengan sendirinya menjadi tidak berdaya mengurus diri sendiri apa lagi mengurus orang lain, jauh sekali dapat mempertahankan diri. Mahu jadi begitu?..😀. Secara fizikal siapa yg mahukan, tapi secara rohani, jiwa dan emosi kita membiarkan itu berlaku dengan menerima suap/rasuah. Jangan cakap suap hanya berlaku kepada pengawai tinggi kerajaan, menteri atau penguat kuasa, tapi berlaku dikalangan ahli keluarga terdekat, pemimpin peringkat kampung mungkin juga pemimpin gereja (Ada yg marah?😀) Kesudahan semua ini, tanah pusaka yg diberikan Tuhan akan diambil oleh orang lain. Jangan cakap mana bukti? Tengok saja negeri kita sekarang. Pada zaman Tuhan Yesus pun rasuah sudah sangat berkuasa, dengan 30 keping wang perak iaitu sama dengan harga tebusan seorang hamba, Tuhan Yesus sudah dapat  dijual beli. Dahsyatnya suapan,  manusia boleh dijual beli. Hari ini gereja macam mana?..😀. Bebas rasuah atau tanpa sedar hidup dengan suapan.. Mari kita bertaubat, jangan sesekali menawarkan rasuah atau meminta rasuah, agar kita kekal memiliki tanah pusaka peninggalan nenek moyang kita.Sudah tentu kita tidak mahu dibuang ke negara lain seperti bangsa Israel, mereka hidup dalam pembuangan selama 70 tahun.
Salam damai untuk kita semua.
✝ Manuel Akiun. KK, 3.5.19.

No comments:

Post a Comment

25.1.2020 Mogivas dulu.