Tuesday, May 7, 2019

Ulangan 12:31 (TB)  Jangan engkau berbuat seperti itu terhadap TUHAN, Allahmu; sebab segala yang menjadi kekejian bagi TUHAN, apa yang dibenci-Nya, itulah yang dilakukan mereka bagi allah mereka; bahkan anak-anaknya lelaki dan anak-anaknya perempuan dibakar mereka dengan api bagi allah mereka.

https://alkitab.app/v/cb754bb33558

Shallom semua, bertemu lagi dalam renungan pagi. Apa khabar hari ini?..Saya yakin kita telah disegarkan kembali setelah menikmati hujung minggu dan perhentian yg Tuhan sudah berikan kepada kita. Puji Tuhan. Hari ini saya ingin berkongsi tentang antara kejahatan bangsa asal yg menduduki tanah Kanaan iaitu tanah yg dijanjikan oleh Yahweh kepada umat Israel. Dikatakan mereka membakar anak mereka sendiri untuk dipersembahkan kepada allah mereka. Kalau menggunakan akal yang waras tidak mungkin kita sampai hati membakar anak kita sendiri walau apa pun alasan. Sebab kejahatan inilah bangsa asal tanah Kanaan dipunahkan oleh Tuhan. Agak agak kalau mereka masih ada sampai sekarang apa yg terjadi?..Tapi sebenarnya kejahatan membunuh atas alasan agama masih berlaku sampai hari ini, malahan seluruh dunia diancam dengan gerakan ini. Jangan cakap anda dan saya tidak tahu hal itu.. Tuhan Yesus pun dijatuhkan hukuman mati atas alasan agama juga, cuma liciknya Sanhedrin masa itu mengheret pemerintah agar Dia dijatuhkan hukuman sebagai pesalah yang memberontak terhadap kerajaan Roma pada masa itu. Tapi sebab asasnya sangat jelas adalah sebab kepentingan agama oleh Sanhedrin (Majlis agama Yahudi). Inilah kegagalan agama sebenarnya, tidak mampu menjadikan dunia ini aman dan makmur, itu sebab dunia Barat mula tidak yakin dengan agama. Kristian pun hanyalah agama kalau Tuhan Yesus disingkirkan dlm Kekristianan. Jadi mari kita periksa baik baik, adakah gereja kita masih menjadikan Tuhan Yesus sebagai pusat segala aktiviti gereja atau sudah lama kita usir Tuhan Yesus dalam gereja kita. 😭. Mari kita bertaubat kalau sudah atau sedang berlaku. Sebab iblis sedang mencari peluang menggunakan agama termasuk agama Kristian sebagai kuda tunganggannya untuk memusnahkan manusia.
Salam damai untuk kita semua.
✝ Manuel Akiun. KK, 29.4.19.

No comments:

Post a Comment

25.1.2020 Mogivas dulu.