Sunday, May 12, 2019

Ulangan 26:2 (TB)  maka haruslah engkau membawa hasil pertama dari bumi yang telah kaukumpulkan dari tanahmu yang diberikan kepadamu oleh TUHAN, Allahmu, dan haruslah engkau menaruhnya dalam bakul, kemudian pergi ke tempat yang akan dipilih TUHAN, Allahmu, untuk membuat nama-Nya diam di sana.

https://alkitab.app/v/85de187b3b18

Shallom semua, bertemu lagi dalam renungan pagi. Hari baru dan minggu baru untuk kita, mari kita lupakan kecemerlangan kita minggu lepas dan mari kita cipta kecemerlangan minggu ini bersama Tuhan Yesus. Puji Tuhan. Kasi semangat dulu saya masih mengantuk ini😅😅.
Hari ini saya ingin kongsikan pesanan Musa tentang perintah membawa hasil pertama dari kebun yg diusahakan oleh bangsa Israel takkalah mereka hidup aman damai di tanah yg dijanjikan kepada mereka. Hasil pertama itu di serahkan kepada Yahweh sebagai persembahan. Kita macam mana? ingat Tuhan Yesus apabila pokok buah buahan yg kita tanam berbuah untuk pertama kalinya?. Atau kita mula menyombongkan diri konon tangan kita sejuk..😅. Terus lupa Tuhan yg memberkati pokok buah buahan yg kita tanam. Sebenarnya Kaamatan ada dasar yg sama dengan Alkitab iaitu mengucapkan syukur kepada Tuhan sebab tanaman padi berhasil pada tahun itu. Walapun mengucapkan syukur dalam Kaamatan semakin sunyi diperkatakan. Betulkan?.Ada kata ucapan syukur kepada Tuhan berkumandang dalam pesta Kaamatan?.😁. Semasa Tuhan Yesus memecahkan roti Dia memberi pesan setiap kali kamu makan dan minum ingatlah Aku. Ada kita ingat Tuhan Yesus semasa kita makan dan minum dalam pesta Kaamatan?. Ada lagu "Monorima kasih"..?. Mari kita belajar mengingat Tuhan Yesus setiap kali kita makan dan minum dalam semua acara. Anda dan saya boleh lakukan itu, yakin saja.
Salam damai untuk kita semua.
✝ Manuel Akiun. KK, 13.5.19.

No comments:

Post a Comment

25.1.2020 Mogivas dulu.