Ulangan 19:14 (TB) "Janganlah menggeser batas tanah sesamamu yang telah ditetapkan oleh orang-orang dahulu di dalam milik pusaka yang akan kaumiliki di negeri yang diberikan TUHAN, Allahmu, kepadamu untuk menjadi milikmu."
https://alkitab.app/v/bd18f9fa8e53
Shallom semua, bertemu lagi dalam renungan pagi. Hari pertama dalam minggu mesti bersemangat sebab sudah disegarkan dengan aktiviti hujung minggu. Amin...Puji Tuhan.
Hari ini saya ingin kongsikan tentang peringatan Musa mengenai sempadan tanah dikalangan umat Israel. Iaitu jangan diubah sempadan tanah. Hukum Taurat memang hukum kehidupan yg lengkap. Cara mengurus sempadan tanah pun ada. Sampai sekarang sempadan tanah masih isu yg sering kali kita dengar, ada yg tidak tidak mahu tanahnya dilalui orang lain, ada yg terlebih ambil tanah orang sebelah, ada yg sengaja anjakkan sempadan tanah dan banyak lagi isu berkaitan tanah. Pada zaman Tuhan Yesus isu sempadan pelayanan dapat kita lihat, apabila Tuhan Yesus dengan tegas mengatakan Dia diutus untuk bangsa Israel sahaja, walapun begitu atas dasar belas kasihan dengan seorang ibu bangsa lain yg memohon agar anaknya disembuhkan, sempadan pelayanan telah diperluaskan. Kita lihat atas dasar belas kasihan kita boleh menyeberangi batas tanah, batas budaya, batas suku, bangsa, batas denominasi, batas negara dan sebagainya. Tuhan Yesus sudah lakukan itu semua. Sehingga Dia dianggap kerasukan iblis, penentang hukum Taurat dan memberontak terhadap kerajaan Roma. Hari ini Macam mana keadaan kita, sama jugakan, masih kuat mempertahan sempadan demi masa depan anak anak kita, gereja kita dan negara kita, Puji Tuhan. Tapi jangan sampai hilang belas kasihan. Mari kita contoh Tuhan Yesus yang berbelas kasihan walapun perlu melanggar sempadan pelayanan.
Salam damai untuk kita semua.
✝ Manuel Akiun. KK, 6.5.19.
No comments:
Post a Comment