Tuesday, May 7, 2019

Ulangan 17:18-19 (TB)  Apabila ia duduk di atas takhta kerajaan, maka haruslah ia menyuruh menulis baginya salinan hukum ini menurut kitab yang ada pada imam-imam orang Lewi.
Itulah yang harus ada di sampingnya dan haruslah ia membacanya seumur hidupnya untuk belajar takut akan TUHAN, Allahnya, dengan berpegang pada segala isi hukum dan ketetapan ini untuk dilakukannya,

https://alkitab.app/v/1a3fc971fafa

Shallom semua, bertemu lagi dalam renungan pagi. Saya yakin hari ini sarat dengan aktiviti gereja dan kemasyarakatan, selamat beraktiviti dan jangan lupa Roh Kudus ada bersama kita, Dialah yg memberi bimbingan agar nama Tuhan Yesus kita agungkan di mana saya kita berada. Puji Tuhan.
Hari ini saya ingin berkongsi tentang bagaimana Musa memberi peringatan terhadap raja yg bakal diangkat oleh bangsa Israel apabila tiba masanya, raja itu mestilah membaca dan belajar firman Tuhan seumur hidupnya. Supaya raja itu tahu tentang hukum Taurat, tidaklah dia sendiri tidak tahu dan melanggar hukum Taurat. Kalau raja sendiri tidak tahu dan melanggar hukum Taurat apa lagi rakyatnya?..😀. Semasa pelayanan Tuhan Yesus, dengan mudah Dia mengutip ayat ayat kitab Taurat dan kitab para nabi sebab Tuhan Yesus telah berulangkali membaca dan mendengarnya sehingga Dia sudah hafal dan tahu ayat ayat firman Tuhan itu.  Semasa pencubaan di padang pasir pun Tuhan Yesus menggunakan ayat kitab Taurat dan kitab para nabi untuk mematahkan serang iblis. Begitu juga iblis menggunakan ayat kitab untuk menyerang Tuhan Yesus. Kita hari ini macam mana, adakah kita telah membaca firman Tuhan setiap hari secara konsiten?.. Mari kita lakukan, sebab inilah kekuatan kita, firman inilah juga yg telah menciptakan semua yg ada pada hari ini. Firman itu jugalah yg ada ditangan anda dan saya hari ini. Mahu melihat kekuatan firman Tuhan itu terjadi dlm hidup kita? Mahu kesembuhan, mahu pemulihan, mahu dikuatkan, mahu berjaya dalam usaha dan sebagainya?...Mudah saja baca dan lakukan firman Tuhan hari ini dan sepanjang hidup kita. Amin..
Salam damai untuk kita semua.
✝ Manuel Akiun. Kudat, 4.5.19.

No comments:

Post a Comment

25.1.2020 Mogivas dulu.