Ulangan 21:18, 21 (TB) "Apabila seseorang mempunyai anak laki-laki yang degil dan membangkang, yang tidak mau mendengarkan perkataan ayahnya dan ibunya, dan walaupun mereka menghajar dia, tidak juga ia mendengarkan mereka,
Maka haruslah semua orang sekotanya melempari anak itu dengan batu, sehingga ia mati. Demikianlah harus kauhapuskan yang jahat itu dari tengah-tengahmu; dan seluruh orang Israel akan mendengar dan menjadi takut."
https://alkitab.app/v/8e8c5c5e79dc
Shallom semua, bertemu lagi dalam renungan pagi. Mari kita posisikan diri kita dalam kebahagian bukan sebab ada sesuatu yg membahagiakan kita tapi kita memilih untuk bahagia. Puji Tuhan. Hari ini saya ingin berkongsi tentang pesanan Musa tentang cara menghukum anak lelaki yg degil yang tidak mendengar nasihat ibu bapanya dan melakukan banyak kejahatan. Hukum Taurat tegas iaitu hukuman mati kepada anak lelaki itu, paling sadis ibubapanya sendiri yg menyerahkan anak itu untuk dilempari batu oleh penduduk kota. Kejamnya...😭😭. Zaman Sekarang ada yg sanggup lakukan?. Zaman kasih karunia tiada yang sanggup, tapi Hukum Taurat Orang Isreal sanggup lakukan itu. Pada zaman Tuhan Yesus, Taurat masih bermaharaja lelah, Tuhan Yesus sendiri mahu dilempari batu, takkalah Dia menyebut Dialah Mesias..Hari ini macam mana kita mendidik anak anak kita? Masih menggunakan batu?. Atau kasih?. Paling tidak bawalah anak anak kita dalam doa setiap hari. Supaya mereka membesar dengan tidak menyusahkan diri mereka sendiri, keluarga dan orang lain. Supaya pupuslah manusia orang dewasa yg menyusahkan masyarakat. Mari kita tanya diri kita sendiri adakah kita menyusahkan anak anak, isteri atau suami, menyusahkan gereja, menyusahkan Mahkamah Anak negeri, menyusahkan adik beradik, kawan sekerja dan sebagainya. Mari kita bertaubat kalau masih menyusahkan orang lain. Mari kita mantapkan ekonomi kita, pengetahuan kita, soft skill kita dan sebagainya. Memang boleh asal saja Roh Tuhan ada pada kita. Amin
Salam damai untuk kita semua.
✝ Manuel Akiun. KK, 8.5.19.
No comments:
Post a Comment