Ulangan 23:7-8 (TB) Janganlah engkau menganggap keji orang Edom, sebab dia saudaramu. Janganlah engkau menganggap keji orang Mesir, sebab engkau pun dahulu adalah orang asing di negerinya.
Anak-anak yang lahir bagi mereka dalam keturunan yang ketiga, boleh masuk jemaah TUHAN."
https://alkitab.app/v/89ba8bd1da22
Shallom semua, bertemu lagi dalam renungan pagi. Sudah merancang apa yg mahu dibuat esok?. Kaamatan sini sana sekarang, kita boleh saja mogivas atau menjadi AJK penganjur, boleh saja itu tiada masalah. Dimana pun kita berada Tuhan Yesus mahu kita menjadi terang dan garam dunia. Puji Tuhan.
Hari ini saya ingin kongsikan tentang pesanan Musa terhadap orang Edom. Orang Edom adalah keturunan Esau abang kembar tidak seiras Yakub yg disebut Isreal. Dikatakan mereka boleh menjadi umat Yahweh pada keturunan ketiga begitu juga orang Mesir boleh menjadi umat Allah pada keturunan ketiga. Tapi bangsa lain tidak boleh😅. Jadi ingat baik baik hukum Taurat tidak terpakai untuk bangsa lain. Bangsa lain hanya menjadi umat Allah apabila Tuhan Yesus datang, itu pun hanya mereka yg percaya Tuhan Yesus. Kita tidak termasuk dlm hukum Taurat, sebab Taurat sudah digantikan dengan hukum baru iaitu hukum kasih. Ada bantahan?...😅
Tuhan Yesus sendiri tidak mengajar hukum Taurat tapi mengenapinya, melalui kematianNya dan mengalahkan kutuk dosa yg ditimbulkan oleh Taurat dengan kebangkitanNya. Kita hidup dalam kebangkitan Tuhan Yesus. Puji Tuhan itu sebab makanan dan minuman bukan lagi ukuran kita. Tapi ukuran kita adalah iman terhadap Tuhan Yesus. Terus binggungkan sukar difahami...😅
Salam damai untuk kita semua.
✝ Manuel Akiun. KK, 10.5.19.
No comments:
Post a Comment